Kari Ikan Berkerisik

Assalamualaikum wbr...





Pantasnya waktu berlalu, sudah 13 hari kita berpuasa. Menjelangnya pertengahan Ramadan ni maka sibuklah para suri rumah menyediakan kuih-kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti atau untuk dijadikan buah tangan pulang ke kampung. Seiringan dengan dengan berlalunya masa, Ramadan kian meninggalkan kita.Adakah masih ada Ramadan untuk kita tahun hadapan?




Perginya Ramadan harus kita kesali kerana keistimewaan Ramadan tidak terdapat di dalam bulan-bulan lain. Rasa belum cukup ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan ini...jadi Ummi sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak terlalu ghairah untuk menyediakan kuih-kuih raya sehingga bersengkang-mata kerana merasakan amat rugi masa yang sedikit itu diperuntukkan kepada perkara selain memperbanyakkan amalan sepanjang Ramadan. Persediaan ala kadar sahaja sudah mencukupi. Bukankah kesederhanaan itu amat dituntut.

Baiklah, Ummi pun tidak mahu celoteh panjang. Hari ini Ummi nak kongsikan resepi kari ikan berkerisik dengan anak-anak Ummi ni. Jom kita semak respinya.

Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal kecil- bersihkan dan potong 2 
6 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 cm halia-kisar
1 batang serai
3 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar halba campur
200 ml santan pekat
Garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit ikan bilis-kisar

* Kisar- Ummi guna pengisar kering




Cara-cara:

~ Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan halba campur, serai dan daun kari sehingga wangi.

~ Masukkan pula bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis yang telah dikisar atau tumbuk. kacau sehingga garing.

~ Kemudian masukkan cili kering dan kacau lagi sehingga naik minyak. Apabila cili kering telah garing tambahkan rempah kari, tuangkan sedikit air asam. Kacau lagi sehingga rempah masak. Tambahkan sedikit gula supaya gula menjadi karamel dan mencantikkan lagi warna kuah kari tersebut.

~ Apabila telah naik minyak sekali lagi, tuangkan air atau santan cair secukupnya dan masukkan ikan. Kacau kuahnya sebentar dan renihkan sehingga ikan hampir masak.

~ Kemudian masukkan santan pekat, kerisik dan garam. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan kacang bendi, tomato, cili merah dan hijau. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

* Sudah lama tak pegang kamera, ambil gambar pun dah kekok rasanya.Nak kena praktis semulalah fotografi ni. Hai! Dari dulu sampai sekarang tak pandai-pandai, jealous tengok gambar kawan-kawan yang cantik-cantik tu...

Comments

Popular Posts