Baby Bengal

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera....


Anak-anak Bengal bercorak marbled dan spotted. 3 ekor jantan dan 2 ekor betina.




Haaa...hari ni nak tukar topik sikitlah, asyik cerita pasal masak sana-sini..Alahaiii...geramnya tengok baby yang comel-comel nikan? Kalau corak yang lagi cantik menawan kalbu lagilah tak jemu mata memandangnya. Ini yang biasa-biasa saja.


Spotted male.




Inilah cucu baru Ummi, hari ini dah 20 hari umurnya. Lahir pada 11hb. Julai yang lalu. 2 minggu sebelum kelahiran baby-baby ini, makciknya telah melahirkan 2 ekor anak yang comel, bercorak marbled dan spotted, tetapi sayang mereka mati. Seekor mati setelah dilahirkan dan seekor lagi sempatlah hidup seminggu. Berselang minggu, seekor lagi bapa kucing mati kerana masalah kegagalan buah pinggang, giardiasis, pundi kencing tersumbat dan peningkatan sel darah putih yang terlalu tinggi. Bertimpa-timpa dugaan, namun Ummi redha kerana yang hidup pasti meninggalkan kita, tak kiralah manusia atau haiwan kesayangan kita. Dalam hal sebegini kita tak boleh terlalu sentimental, nanti merosakkan diri sendiri.


Benji yang telah pergi meninggalkan kami....


Silver spotted female.

Walaubagaimana pun, rasa sedih tu tetap ada. Kelahiran lima ekor anak bengal yang baru ini telah mengubat segala kedukaan...dari sehari ke sehari Ummi lihat mereka membesar, sungguh membahagiakan. Benarlah memelihara haiwan kesayangan, tidak kiralah apa jenisnya boleh menjadi terapi jiwa.


Brown/gold spotted male.






Brown/gold marbled male and female.


The Silver spotted mother. 




The Brown/gold father.

Baby-baby ini akan Ummi jual apabila mereka telah berumur 3 bulan ke atas. Sekarang ini Ummi buka untuk tempahan dahulu. Sekiranya ada yang berminat boleh hubungi Ummi (Nor) di talian 019 6020046. 

* Gambar agak kurang jelas kerana Ummi gunakan setting Manual.

Comments

Popular Posts