Buah Hati Baruku....

Assalamualaikum wbr...dan salam sejahtera buat semua teman...


 Alhamdulillah dapat juga hari ini Ummi update sesuatu diblog ini setelah sekian lama menyepi diri dek kesibukan menunaikan rutin harian.

Kini tugas makin bertambah dengan kehadiran ahli keluarga baru seramai (sebanyak) 6 ekor kucing bengal. 2 ekor anak dan 2 pasang ibu dan bapa kucing.


Ummi dan anak-anak kini amat meminati dan menyayangi kucing-kucing bengal kerana keistimewaannya. Ia kucing eksotik yang lain dari spesis lain.Ia kelihatan seperti liar tetapi sebenarnya amat suka berteman dan bermain bersama manusia.Lebih istimewa kerana ia sangat sukakan air dan pasti akan bermain dengan air yang disediakan untuk minumannya.


Ummi pun sebenarnya tidak menjangka akan dapat memiliki kucing-kucing tersebut dalam masa terdekat ini tetapi apabila rezeki datang bergolek Ummi terima sajalah.Sebenarnya tuan lama kucing-kucing ini tidak sanggup lagi memeliharanya kerana pekerja beliau yang menjaga kucing-kucing ini takutkan kucing tersebut dan tidak tahu untuk 'handle' dengan cara yang betul sehingga mereka merasakan kucing tersebut garang dan sukar dikawal.Setelah berpindah milik, Ummi dapati ia tidak sesukar mana untuk menjaganya asalkan tahu teknik untuk memegangnya.Untuk pengetahuan semua, sekiranya berminat untuk memelihara kucing jenis ini, peliharalah ia dari seawal usia 3 bulan kerana ia lebih senang dikawal dan dilatih.Sekiranya kucing ini telah terbiasa dikurung di dalam sangkar dan tidak mendapat perhatian serta belaian manja manusia ia akan bersikap garang dan tidak suka dipegang.Ini yang terpaksa Ummi hadapi kerana Ummi mengambil alih penjagaan kucing yang telah dibiarkan hidup di dalam sangkar.



Kesabaran amat perlu dalam mendidik mereka supaya memberi kepercayaan kepada kami sekeluarga.Setiap kali menjenguk mereka perlulah disapa dengan manja dan berikan belaian serta usapan lembut kepada setiap mereka.

Selain daripada spesis bengal Ummi juga memelihara 2 ekor jenis domestic short hair yang amat manja dan sentiasa mengekori ke mana kami pergi.Kepulangan kami sentiasa disambut manja.Memiliki kucing-kucing ini benar-benar menjadi terapi minda buat kami sekeluarga.Mereka kami anggap bagaikan ahli keluarga sendiri dan dipanggil dengan gelaran 'anak', 'adik', 'kakak' dan 'abang'...

Mudah-mudahan dengan berkat keihklasan kami berbakti dan menyayangi haiwan-haiwan ini akan diberikan oleh Allah swt limpah rahmat dan rezeki yang berpanjangan, inshaAllah...




* Gambar di atas adalah anak-anak bengal yang manja dan tidak garang.Gambar ibu-bapanya akan Ummi upload kemudian hari, inshaAllah.

* Pada bulan  Oktober 2012 ini akan ada kitten yang 'available' untuk dijual.Sesiapa yang berminat untuk memelihara bengal bolehlah buat tempahan.Ada 3 jantan dan 2 betina. Nanti Ummi upload gambarnya apabila ia telah besar sikit.

Comments

  1. amboi untung la kucing2 ni dalam belaian ummi :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...sama2 berkongsi kasih-sayang :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts