Dioksin Di Dalam Tuala Wanita Dan Lampin Pakai Buang.

Pernahkah anda terdengar atau terbaca berkenaan punca kebanyakan masaalah sakit puan seperti- senggugut,fibroid,endometriosis,kanser servik,kanser rahim,tumor faraj,kanser ovari,kanser payu dara dan sebagainya-adalah disebabkan pencemaran dioksin di dalam tuala wanita dan lampin pakai buang.

Bukan sahaja oranag dewasa berisiko mendapat penyakit-penyakit tersebut tetapi juga kanak-kanak yang masih menggunakan lampin pakai buang.

Bahan mentah yang digunakan untuk membuat tuala wanita adalah kertas buangan,agen pelunturan yang berkarsinogen, agen fluoresen dan pelbagai bahan kimia lagi.Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula,kertas tebal,kotak dan pulpa kayu yang di dalamnya terdapat bakteria berbahaya.

Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin.Sejenis toksin yang dinamakan dioksin akan terhasil melalui proses ini.
Setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk tuala wanita,pantiliner dan tampon.Namun,dioksin kekal di dalamnya.

Kesan ketoksidan dioksin amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksid berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksid berbanding Arsenic, ia digelar toksin yang paling kuat pada zaman ini.

Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan dioksin sebagai karsinogen(bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia.Kajian membuktikan bahawa walaupun kandungan dioksin pada tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus,endometriosis,kanser ovari,kemandulan,keguguran dan pelbagai masaalah sakit puan yang lain.

Setiap wanita menggunakan lebih kurang 15,000 keping tuala wanita sepanjang hidupnya.Maka, risiko terdedah kepada dioksin adalah bersamaan 15,000 kali.

Comments

Popular Posts