KOLEKSI BENGALKU

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua.

Koleksi 2012 




Haaa...ini hobi terbaru Ummi, memelihara kucing2 Bengal. Sebenarnya Ummi baru saja mengenali kucing jenis ini pada bulan Februari yang lepas. Apabila melihat gambar2 kucing ini di internet, hati sudah terpaut padanya dan amat berharap suatu ketika nanti Ummi akan memilikinya.




Alhamdulillah, hajat termakbul pada bulan Mei 2012 yang lalu apabila Ummi mendapat sepasang anak kucing Bengal berumur 4 bulan. Ianya anak kucing Bengal Spotted + Rosetted dan Snow Bengal. Walaupun kucing2 yang Ummi miliki itu bukanlah yang mempunyai corak yang sangat cantik, namun Ummi bersyukur kerana berjaya memilikinya.




Selang beberapa minggu kemudian Ummi ditawarkan untuk megambil alih penjagaan 4 ekor kucing Bengal dewasa, iaitu 2 pasang yang bercorak Marbled, Spotted dan Silver Bengal. Setelah berfikir2, maka Ummi pun setuju untuk mengambil mereka.





Kini Silver Bengal tersebut baru sahaja melahirkan 5 ekor anak kucing yang comel. Mereka bercorak Marbled, Spotted, Snow dan Silver. Bapanya adalah Marbled Bengal. Macam pelik sahaja apabila seekor ibu melahirkan anak2 yang pelbagai corak...sebenarnya tidaklah pelik atau ajaib bagi mereka yang faham genetik kucing ini. Ummi pun masih belum mendalami sepenuh hal2 genetik ini tetapi tidaklah merasa hairan dengan kelahiran ini kerana memang sudah dijangka.




'Abadi'




Ummi akan menjual anak2 kucing ini apabila mereka telah berusia 3 bulan ke atas. Kepada yang berminat untuk memiliki kucing Bengal tetapi tidak mampu untuk membeli dari breeder tersohor yang meletakkan harga yang tinggi setanding kualitinya, bolehlah hubungi Ummi (Nor) di talian 019 6020046. Ummi akan menjual dengan harga bajet sesuai dengan kualitinya.Kepada yang serius untuk membeli Ummi sedia untuk berunding dan menerima kunjungan bagi melihat sendiri kucing2 tersebut. Sila hubungi dahulu untuk memastikan anak2 kucing sedia untuk dijual dari masa ke semasa. Tempahan awal juga adalah amat dialukan.



'Benji'



'Manja'






'Spottedly'










 'Snow White'




'Prince Charming'



 'Marblie'



 'Spotty'
  


'Silverly'




'Rose'


 'Rossi'


Koleksi 2013


  'Moon'- 3 minggu setengah

 More pictures will be uploaded.

Popular Posts